AFF U23: Jurulatih Vietnam Lega Tewaskan Malaysia
Piala AFF
Vietnam FF
Advertisements

Ketua jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan lega dengan prestasi anak buahnya yang dapat menewaskan Malaysia 4-1 untuk layak ke peringkat akhir Piala AFF.

Hoang Anh Tuan menyatakan beliau melakukan beberapa pertukaran pemain setelah melihat pemain Malaysia kurang cergas dan mengambil kesempatan untuk mengalahkan Malaysia dalam situasi 1v1 dan 2v2.

Hoang Anh Tuan turut berpendapat fleksibiliti pasukannya dan kelajuan para pemain Vietnam menjadi punca utama mereka berjaya meraih kemenangan ke atas Malaysia.

Advertisements

“Saya memberitahu pemain kami, kamu mempunyai fleksibiliti, laju dan juga kuat. Jadi kamu harus gunakan kelebihan ini. Dan hari ini pemain kami bermain dengan sangat baik.” ujar beliau.

Vietnam memiliki kelebihan moral apabila berjaya mendahului pasukan Malaysia 3-0 setelah tamat separuh masa pertama.

Cubaan Malaysia untuk bangkit menerusi gol Alif Ikmalrizal bagaimanapun gagal apabila Vietnam menoktahkan kemenangan mereka dengan jaringan keempat pada minit ke 85 perlawanan.

Advertisements

Vietnam kini menanti pasukan Thailand ataupun Indonesia yang akan menjadi halangan terakhir mereka dalam perlawanan akhir Piala AFF Bawah 23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram