AFF U23: Jurulatih Vietnam Jangka Indonesia Bakal Muncul Juara
Piala AFF
VFF
Advertisements

Perlawanan akhir Piala AFF Bawah 23 tahun menyaksikan pertembungan diantara Indonesia dengan Vietnam. 

Jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan mengakui kekuatan yang dimiliki oleh Indonesia dari segi kualiti setiap pemain dan juga memiliki jurulatih luar yang sangat berpengalaman. 

Indonesia turun dengan prestasi terbaik selepas berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah Thailand, dengan keputusan 3-1. 

Advertisements

Oleh itu, beliau sama sekali tidak akan terkejut jika pasukan Indonesia mampu menjadi juara bagi edisi kali ini. 

“Jika Indonesia juara esok, kita tidak akan terkejut kerana mereka mempunyai pasukan yang hebat serta jurulatih yang berkualiti.

“Jurulatih asal dari Korea Selatan sangat bagus, 100% bagus saya tidak bergurau. Saya hormati pasukan Indonesia. 

Advertisements

Walaubagaimanapun, jurulatih berusia 55 tahun ini percaya bahwa bola sepak bukan seperti Matematik, ianya sangat berbeza. 

Beliau berharap agar anak buahnya mampu memberikan aksi yang terbaik buat negaranya esok. 

“Tapi, bagi saya bola sepak bukan matematik, saya mengharapkan kesemua pemain mempamerkan persembahan yang luar biasa esok,” kata Hoang Anh Tuan dalam sidang media perlawanan dipetik daripada AFFPresse.

Advertisements

Aksi perlawanan akhir akan berlangsung esok, 26 Ogos pada jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram