AFF U23: “Kami Akan Buat Yang Terbaik Bertemu Vietnam” – Alif Ikmalrizal
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap negara, Alif Ikmalrizal mahu pasukannya menampilkan aksi yang terbaik di separuh akhir bertemu Vietnam setelah Malaysia muncul juara kumpulan A Piala AFF Bawah 23.

Alif Ikmarizal yang meledak 2 gol dalam perlawanan menentang Timor-Leste mengakui gembira dapat membantu pasukan Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir.

“Alhamdulillah pada malam ini saya dapat skor 2 gol dan membantu pasukan Malaysia ke peringkat separuh akhir. InsyaAllah kami akan buat yang terbaik menentang pasukan Vietnam.” ujar Alif setelah tamat perlawanan.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun itu menonjolkan kualiti penyudahnya apabila berjaya merobek gawang gol Timor-Leste sebanyak 2 kali.

Alif juga yakin pasukan Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF Bawah 23 dalam temu bual selepas tamat perlawanan.

Malaysia kini bakal bertemu Vietnam untuk aksi separuh akhir manakala Indonesia pula bakal bertemu pasukan Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram