AFF U23: “Kami Hilang Fokus” – Gugliermo Arena
Piala AFF
Lao Football Federation
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Laos, Gugliermo Arena mengakui anak-anak buahnya hilang tumpuan untuk seketika semasa mereka tewas 4-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C menentang Vietnam semalam.

Million Elephants terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol sendiri Phetdavanth Somsanid pada minit ke-24. Bagaimanapun, Golden Star Warriors berjaya diikat 1-1 menerusi gol Thippachan Khambai One pada minit ke-52.

Vietnam pada akhirnya muncul pemenang menerusi tiga gol lewat bagi memastikan mereka meraih kemenangan 4-1 pada akhir perlawanan.

Advertisements

Bagi Arena, perkara itu boleh difahami memandangkan majoriti pemain yang dibawa ialah pemain-pemain muda yang berusia sekitar 17-20 tahun. Hanya lapan pemain yang dibawa ada pengalaman beraksi di Sukan SEA 2023 di Kemboja.

“Pasukan ini sudah lama bersama dari skuad B-17 dan B-20. Tambahan pula, ada lapan pemain yang pernah beraksi di Sukan SEA (2023 di Kemboja). Jadi, pada permulaan permainan, kesebelasan utama Laos jauh lebih muda daripada Vietnam.

Advertisements

“Dan saya fikir kita cuba memberi cabaran kepada Vietnam. Tapi bila kita berjaya mengikat mereka, kita hilang sedikit fokus dalam permainan dan itulah had kita setakat ini. Saya lihat jika kita kekalkan permainan pada awal babak kedua, kita ada peluang,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dengan keputusan ini, Laos sudah tersingkir dari Piala AFF B-23. Kini, fokus Arena seterusnya ialah mempersiapkan anak-anak buahnya untuk kempen kelayakan Piala Asia B-23 yang berlangsung pada September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram