AFF U23: “Kami Jadikan Ini Pengajaran Sebelum Ke Piala Asia” – Christopher Pedimonte
Piala AFF
Philippines Football Federation
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Filipina, Christopher Pedimonte menyifatkan pengalaman di Piala AFF B-23 2023 dijangka mematangkan lagi anak-anak buahnya sebelum pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini.

Beliau mengakui majoriti pemain yang dibawa untuk kejohanan kali ini bukanlah pemain yang bakal diturunkan untuk kejohanan itu nanti.

Bagaimanapun, pada masa sama, pengalaman beraksi di kejohanan ini akan digunakan bagi memantapkan lagi pasukan sebelum pusingan kelayakan bermula pada 6 September ini.

Advertisements

“Secara keseluruhan, kita melakukannya dengan baik. Tetapi secara asasnya, kita tidak mempunyai pemain yang patut dibawa ke saingan AFC (pusingan kelayakan Piala Asia B-23).

“Bagaimanapun, pada masa sama, perlawanan ini (menentang Vietnam) kita jadikan ia sebagai penanda ukur kemajuan. Kita akan bawa momentum ini ke AFC (pusingan kelayakan Piala Asia B-23). Terima kasih banyak-banyak,” katanya selepas perlawanan Filipina-Vietnam hari ini.

Filipina bakal berdepan tugas sukar kerana diletakkan dalam Kumpulan H bersama Malaysia, Bangladesh dan Thailand. Dengan tiga pasukan ini dijangka berebut slot kelayakan, Young Azkals perlu tampil lebih bagus selepas ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram