Kapten Brunei, Nazhan Zulkifle mengakui faktor kepenatan menjadi punca utama pasukannya gagal menyekat kemenangan Thailand dalam aksi kedua peringkat kumpulan A Piala AFF B23.
“Kami telah beri yang terbaik. Pada separuh masa pertama kami berjaya memberikan tentangan dan kerap menyekat asakan Thailand. Namun pada separuh masa kedua ada beberapa pemain mula alami kepenatan.” ujarnya setelah tamat perlawanan.
Nazhan juga memuji rakan sepasukannya yang mampu bertahan dengan baik melalui beberapa bentesan dan body contact ke atas pemain Thailand.
Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua Brunei dalam saingan Piala AFF B23.
Walaupun menerima tentangan sengit daripada Thailand, kesungguhan para pemain Brunei yang cuba beraksi sebaik mungkin wajar dipuji.
Brunei akan menentang Myanmar pada hari Isnin ini dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A saingan Piala AFF B23.