AFF U23: Kapten Kemboja Puji Usaha Kolektif Pasukan
Piala AFF
FFC
Advertisements

Kapten skuad B-23 Kemboja, Taing Bunchhai memuji kerjasama yang ditampilkan rakan-rakan sepasukannya sekaligus membantu mereka mengikat Myanmar 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23.

Kemboja terlebih dahulu di hadapan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, kemenangan kedua yang dicari mereka tidak kesampaian apabila Khun Kyaw Zin Hein meledakkan gol penyamaan pada minit ke-88.

Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, Buncchai melihat Angkor Warriors telah memberikan yang terbaik dan bekerjasama sebagai satu unit.

Advertisements

“Pertama sekali, saya kecewa kerana kita tidak mendapat kemenangan. Pasukan saya juga berkongsi perasaan sama. Saya tak mahu bercakap tentang prestasi saya. Saya mahu bercakap pasal pasukan dan mereka menunjukkan semangat kerjasama yang bagus,” katanya dalam temubual selepas perlawanan semalam.

Buat masa ini, Kemboja berada pada kedudukan baik untuk layak ke separuh akhir Piala AFF B-23 sebagai naib juara terbaik kumpulan. Tetapi itu boleh saja berubah sekiranya Myanmar membelasah Brunei pada aksi terakhir kumpulan pada 21 Ogos ini.

Advertisements

Biarpun sedar mereka akan menentang Thailand pada hari yang sama, Buncchai hanya boleh berharap pasukannya untuk bangkit dan memberi persembahan yang terbaik di atas padang seperti persembahan-persembahan yang sebelumnya.

“Ya, sudah pastinya mereka perlukan rehat dan tidur yang cukup. Dan esok, kita akan bermula sekali lagi, berlatih dan beri yang terbaik,” tambahnya.

Advertisements

Kemboja pastinya mahu merealisasikan impian bos mereka, Felix Dalmas yang melihat pasukan itu boleh mara ke separuh akhir Piala AFF B-23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram