AFF U23: Kapten Malaysia Anggap Tuah Jadi Pemisah
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Ketua pasukan kebangsaan Bawah 23 tahun, Ubaidullah Shamsul Fazli menganggap tuah jadi pemisah Harimau Malaya untuk bawa pulang pingat gangsa bagi edisi Piala AFF kali ini. 

Malaysia terpaksa akur tewas kepada Thailand bagi penentuan tempat ketiga menerusi sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan. Harimau Muda menamatkan kempen Piala AFF B-23 2023 di tempat ke-4.

Pemain berusia 19 tahun ini percaya rakan sepasukan telah bermain mati-matian untuk negara kerana berjuang sehingga penentuan sepakan penalti.

Advertisements

“Saya rasa dalam semua perlawanan, kita melakukan dengan baik. Macam kitorang cakap, kitorang akan lawan (Thailand) sampai habis. Walaupun kita tidak dapat tempat ketiga tapi kita berjaya heret perlawanan sampai ke sepakan penalti. 

Bagi kejohanan seterusnya nanti, Ubaidullah yakin Harimau Malaya akan kembali bangkit bagi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 tahun nanti. 

“Untuk kejohanan seterusnya (pusingan kelayakan Piala Asia B-23), coach (Elavarasan) akan pilih bukan saja pemain baru tetapi juga pemain lama. Dan itu jika disatukan mampu jadikan kita pasukan yang lebih bagus dan mampu memberi tentangan lebih kuat selepas ini,” kata Ubaidullah selepas tamat perlawanan dipetik daripada AFFPresse.

Advertisements

Skuad negara Bawah 23 tahun dijadualkan akan memula kempen kelayakan Piala Asia pada bulan September ini. 

Harimau Muda ditempatkan bersama gergasi Asia, Thailand, Bangladesh dan Filipina dalam Kumpulan H.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram