AFF U23: Kapten Myanmar Lega Raih Satu Mata
Piala AFF
FFC
Advertisements

Kapten skuad B-23 Myanmar, Thet Hein Soe merasa lega selepas pasukannya berjaya mengikat Kemboja 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF B-23 hari ini.

Angkor Warriors banyak mendominasi perlawanan dan membuka tirai jaringan menerusi Kong Lyhour pada minit ke-13. Begitupun, ketumpulan jentera serangan Kemboja menambah gol mengecewakan jurulatih mereka, Felix Dalmas.

Situasi ini membolehkan The Chinthe yang dibimbing Michael Feichtenbeiner meraih gol penyamaan menerusi Khun Kyaw Zin Hein pada minit ke-88. Biarpun penat, keputusan satu mata ini amat berharga buat Hein Soe dan rakan-rakan sepasukannya.

Advertisements

“Kami dapat bangkit (menyamakan kedudukan) tetapi kami rasa amat penat. Bagaimanapun, ia satu mata yang bagus,” katanya dalam temubual selepas perlawanan.

Keputusan ini meletakkan Myanmar di tangga ketiga Kumpulan A dengan satu mata. Dengan slot naib juara terbaik kumpulan masih terbuka, The Chinthe perlu melakar kemenangan besar ke atas Brunei pada 21 Ogos ini.

Advertisements

Hakikat ini disedari pemain pertahanan Yadanarbon itu. Justeru, Hein Soe melihat Myanmar akan fokus kepada perlawanan itu dan memberikan yang terbaik sambil mengharapkan situasi memihak kepada mereka.

“Kita akan fokus kepada perlawanan seterusnya (perlawanan menentang Brunei) dan kita akan cuba yang terbaik,” tambahnya.

Advertisements

Ketika ini, Kemboja mendahului Kumpulan A dengan empat mata. Bagaimanapun, kedudukan ini boleh saja berubah sekiranya Thailand mencipta kemenangan ke atas Tabuan Muda malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram