AFF U23: Kapten Thailand Ada Cara Bina Mentaliti Pasukan
Piala AFF
changsuek
Advertisements

Thailand meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFF U23 apabila berjaya menewaskan pasukan bukan pilihan, Brunei dengan keputusan 3-0 semalam.

Bercakap dalam temubual selepas perlawanan menentang Brunei, kapten pasukan Thailand, Kritsada Nontharat berkongsi bagaimana caranya membina persefahaman di kalangan rakan sepasukan memandangkan kebanyakan mereka baru beraksi bersama buat pertama kali.

“Untuk membina satu persefahaman yang baik di antara pemain, kami sentiasa membuat hantaran-hantaran kepada rakan sepasukan,” kongsi Kritsada.

Advertisements

Umum mengetahui, kebanyakan pasukan yang menyertai Piala AFF U23 ini tidak dapat membawa pemain terbaik memandangkan kebanyakan pemain-pemain utama mereka terikat dengan komitmen dengan kelab masing-masing.

Thailand kini selangkah ke peringkat suku akhir dan hanya perlu menewaskan Kemboja pada aksi terakhir kumpulan A yang bakal berlangsung pada 21 Ogos. Juara dari tiga kumpulan akan layak ke suku akhir manakala satu lagi tempat suku akhir akan diisi oleh posisi kedua terbaik daripada tiga kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram