AFF U23: Kapten Vietnam Lega Tangkapan Terakhirnya Bawa Tuah
Piala AFF
VFF
Advertisements

Kapten skuad B-23 Vietnam, Quan Van Chuan mengakui amat lega bila berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil penjaga gol Indonesia, Ernaldo Ari dalam aksi final Piala AFF B-23 2023 semalam.

Dengan kedua-dua pasukan masih terikat 0-0 selepas 120 minit, penentuan penalti dibuat bagi menentukan pemenang. Dengan kesemua lima penalti berjaya disempurnakan kedua-dua pasukan, nasib kedua-dua pasukan ditentukan oleh Van Chuan dan Ernaldo.

Ernaldo bernasib malang kerana bukan saja gagal menyelamatkan penalti Thai Da Bat. Malah, penjaga gol berusia 21 tahun itu juga gagal menyempurnakan penalti untuk Tim Garuda.

Advertisements

Justeru, bagi Van Chuan, detik itu sudah cukup untuk Golden Star Warriors menjulang Piala AFF B-23. “Saya fikir saya bertuah kerana dapat membuat tangkapan terakhir itu,” katanya dalam temubual selepas perlawanan semalam.

Van Chuan turut melihat dengan menjulang Piala AFF B-23 semalam, ini membantu Vietnam mencapai matlamat dalam kejohanan bersesuaian dengan status mereka sebagai juara bertahan.

“Saya gembira kerana matlamat saya ialah berlatih untuk sampai ke final dan kita berjaya capainya. Dan pada akhirnya, kita berjaya meraih kejuaraan (Piala AFF B-23). Saya berdiri di sini mewakili semua pemain. Semua berlatih dan menyumbang untuk kejohanan ini,” tambahnya.

Advertisements

Kini, fokus Golden Star Warriors seterusnya ialah pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Dengan ramai pemain menyerlah dalam Piala AFF B-23, ini memberi pilihan kepada jurulatih Perancis, Philippe Troussier untuk pemilihan skuad B-23 seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram