AFF U23: Keputusan Pengadil Buat Shin Tae-yong Marah
Piala AFF
PSSI
Advertisements

Pengendali skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan perlawanan Indonesia-Timor Leste dalam Kumpulan B semalam.

Biarpun Tim Garuda meraih kemenangan menerusi Ramadhan Sananta, kelebihan gol mereka boleh saja bertambah sekiranya gol kedua penyerang Persis Solo itu diiktiraf.

Ramadhan menyangka telah menyumbat gol kedua pada minit ke-79 tetapi dibatalkan kerana didakwa berada pada kedudukan ofsaid. Bagaimanapun, ulang tayang gol tersebut mendedahkan penyerang Persis Solo itu berada pada kedudukan onsaid.

Advertisements

Hal ini mengundang rasa tidak puas hati Tae-yong berkenaan kualiti pengadilan di peringkat Asia Tenggara. Bagi pengendali Korea Selatan itu, kualiti pengadilan di peringkat serantau perlu ditambahbaik jika mahu mutu bola sepak Asia Tenggara lebih maju ke hadapan.

“Saya tidak ingin menunjuk orang-orang tertentu, tapi jika AFF ingin mengembangkan reputasi kompetisi ini, jika negara-negara ASEAN ingin memajukan sepak bola mereka, kita harus memikirkan sesuatu.

Advertisements

“Saya tidak ingin mengucapkan sesuatu hal tertentu. Para pemain sudah melakukan yang terbaik di lapangan, tapi sejumlah pembuat keputusan ini [pengadil], mereka bisa jadi penentu pertandingan, itu harus kita pikirkan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.

Ini bukan kali pertama Tae-yong merungut tentang kualiti pengadilan Piala AFF B-23 2023. Sebelum ini, beliau juga mempersoal tindakan pengadil menganugerahkan sepakan penalti kepada Malaysia di mana ia membantu Harimau Muda membenam Indonesia 2-1.

Advertisements

Indonesia kini mengharapkan nasib menyebelahi mereka untuk penentuan slot naib juara kumpulan terbaik. Tumpuan pasti terarah kepada Kumpulan A membabitkan perlawanan Thailand-Kemboja dan Myanmar-Brunei malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram