AFF U23: Ketua Jurulatih Timor-Leste Mahu Fokus Masa Hadapan
Piala AFF
Timor-Leste FF
Advertisements

Ketua jurulatih Timor-Leste, Park Soon-tae mahu anak buahnya buat lebih baik lagi pada masa hadapan setelah kekalahan 3-1 ke atas Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B.

“Kami gagal mencapai objektif namun kami akan buat lebih baik lagi pada masa hadapan.” ujar Park Soon-tae setelah tamat perlawanan.

Timor-Leste menamatkan saingan Piala AFF Bawah 23 di kedudukan terakhir kumpulan B setelah kalah 2 perlawanan kepada Indonesia dan Malaysia.

Advertisements

Walau bagaimanapun pasukan tersebut tetap menonjolkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan menentang Malaysia.

Malah Timor-Lester mempunyai penguasaan bola sebanyak 51% bertemu Malaysia membuktikan mereka tetap memberikan aksi yang terbaik dalam perlawanan tersebut.

Timor-Leste bakal menerima cabaran Kuwait pada bulan September kelak untuk aksi kelayakan Piala Asia Bawah 23.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram