AFF U23: Keyakinan Pemain Vietnam Bantu Kalahkan Malaysia
Piala AFF
VFF
Advertisements

Penjaring gol skuad B-23 Vietnam, Nguyen Quoc Viet melihat keyakinan yang dimiliki rakan-rakan sepasukannya membantu mereka mengatasi Malaysia dalam aksi separuh akhir Piala AFF B-23 2023.

Ini kerana dengan keyakinan tersebut, mereka percaya boleh meraih kemenangan sebelum turun ke padang lagi semalam.

Ditambah dengan kesilapan yang dilakukan skuad negara, itu membantu Golden Star Warriors mendahului 3-0 pada babak pertama.

Advertisements

Walaupun Malaysia cuba merapatkan kedudukan menerusi Alif Ikmalrizal Anuar, Nguyen Hong Phuc memastikan Vietnam layak ke final menerusi gol keempat.

“Saya rasa (perlawanan ini) menyeronokkan dan saya langsung tak menyedarinya. Bila kita sudah berlatih sebelum perlawanan, kita tahu kita akan layak (ke final).

“Kita cuba bermain mengikut taktik (jurulatih) dan fikir cara macam mana nak sukarkan pihak lawan (Malaysia). Dan kita berjaya,” katanya dalam temubual selepas perlawanan semalam.

Advertisements

Dengan Indonesia turut mengesahkan kemaraan ke final, final Piala AFF B-23 2023 dianggap ulangan separuh akhir Sukan SEA 2023 di mana Tim Garuda menewaskan Golden Star Warriors 3-2.

Justeru, Quoc Viet berharap keyakinan sama dalam aksi perlawanan semalam dapat diterjemah bagi membolehkan mereka membalas dendam dalam aksi final esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram