AFF U23: “Kita Datang Nak Menang” – Elavarasan
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan gembira melihat anak-anak buahnya berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF B-23 2023 selepas menundukkan Timor Leste dalam aksi terakhir Kumpulan B semalam.

Ini kali pertama mereka sampai di peringkat ini selepas empat tahun. Kini, yang menanti mereka di peringkat separuh akhir ialah juara Kumpulan C merangkap juara bertahan kejohanan, Vietnam.

Biarpun sedar anak-anak buah Hoang Anh Tuan bakal memberi saingan sengit, keinginan Harimau Muda untuk melakar kemenangan bakal menjadi pendorong bagi membolehkan mereka layak ke final.

Advertisements

“Pertama sekali, saya nak ucap tahniah kepada team (pasukan) Malaysia. Sebab lepas empat tahun, kita berjaya ke semi final.

“Kita datang dengan matlamat nak menang and player (pemain) dapat mencapai objektif,” katanya dalam temubual selepas perlawanan semalam.

Walaupun dibarisi majoriti pemain B-20, Vietnam menunjukkan prestasi bagus dengan mengungguli Kumpulan C. Justeru, Elavarasan berharap tempoh pemulihan dan persediaan pasukan hari ini mampu membantu Harimau Muda mengakali Golden Star Warriors.

Advertisements

“Lebihkan recovery (pemulihan) dan sediakan player (pemain), most important ready (paling penting sedia) untuk game (perlawanan) akan datang.

“Kita patut perlukan player-player (pemain-pemain) lain. Memang kita perlukan recovery (pemulihan) untuk kita punya body condition (keadaan badan),” tambahnya.

Aksi separuh akhir Piala AFF B-23 akan berlangsung pada 24 Ogos ini. Malaysia berharap dapat menempah tiket ke final dengan menewaskan Vietnam di peringkat tersebut esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram