Kapten pasukan Timor Leste, João Basco Halle sudah memastikan pasukannya memberi tentangan sehabis baik kepada Indonesia.
Aksi kedua kumpulan B Piala AFF U23 menyaksikan anak didik Shin Tae-yong menang tipis menerusi jaringan Ramadhan Sananta.
Perlawanan tersebut bagaimanpun berlangsung sengit dengan Timor Leste tidak memberi jalan mudah kepada sang Garuda.
Mereka bagaimanapun terpaksa akur untuk tunduk kepada lawan yang lebih baik.
Menurut Basco, Timor Leste sudah melakukan segalanya seperti yang dirancang untuk memberi tentangan hebat buat lawan.
“Perlawanan ini sudah diberi perhatian oleh ketua jurulatih (Park Soon-Tae) selama dua bulan mengikut sistem dan teknik dari pelatih kami.”
“Namun begitu, pertandingan tadi menentang Indonesia, kami (Timor Leste) sudah usaha sebaik mungkin namun ada sedikit kesilapan dan kelalaian kami minta maaf,” jelasnya selepas perlawanan.
Aksi terakhir kumpulan bakal menyaksikan Timor Leste berdepan Malaysia pada 22 Ogos kelak.