AFF U23: Pemain Thailand Hampir Hancurkan Karier Kapten Brunei
Piala AFF
MakanBola
AFF U23 Championship
Advertisements

Kemenangan 3-0 Thailand ke atas Brunei hampir dicemari dengan insiden yang tidak diingini apabila libasan pemain Thailand hampir menghancurkan karier kapten Brunei.

Insiden tersebut berlaku apabila Nethithorn Kaewcharoen melakukan sepakan gunting dan dalam masa yang sama kapten Brunei, Nazhan Zulkifle ingin menanduk bola keluar.

Advertisements

Namun bola terlebih dahulu ditanduk pemain Brunei dan akhirnya libasan pemain Thailand tepat mengenai muka pemain Brunei tersebut.

Pengadil kemudiannya melayangkan kad kuning kepada Nethithorn Kaewcharoen atas aksi yang berbahaya tersebut.

Advertisements

Nazhan Zulkifle bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan dapat meneruskan kembali permainan.

Advertisements

Aksi tersebut berlaku di dalam kawasan kotak penalti pasukan Brunei sewaktu Thailand sedang melakukan serangan.

Insiden berbahaya tersebut hampir sahaja mencemari perlawanan kedua peringkat kumpulan A yang akhirnya memihak kepada kemenangan Thailand.

Advertisements

News Comments Account