AFF U23: Malaysia Ke Separuh Akhir Tewaskan Timor Leste
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan terakhir kumpulan B saingan AFF U23 antara Malaysia dan Timor Leste berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Malaysia.

Pasukan bimbingan E. Elavarasan melakukan beberapa pertukaran terutamanya pada jentera serangan skuad muda negara.

Percaturan itu jelas memberi kelebihan pada Malaysia apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 menerusi pemain sayap, Alif Ikmarizal.

Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Arab, Aliff Izwan menggandakan kedudukan pada minit ke-13 menerusi peluang di hadapan gawang.

Timor Leste cuba bangkit memberikan tekanan kepada Malaysia menerusi percubaan dari luar kotak penalti.

Timor Leste melakukan kejutan apabila memjaringkan gol menerusi pemain serangan, Olagar Xavier.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-1.

Bersambung babak kedua, Malaysia mahu menambah jaringan setelah dikejutkan lawan.

Usaha tersebut nyata membuahkan hasil apabila Alif Ikmalrizal sekali menjaringkan gol pada minit ke-65 untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan selesa.

Advertisements

Perlawanan dilanjutkan dengan tambahan masa 5 minit namun tidak mencukupi buat Park Sun-tae meraih 3 mata.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Malaysia muncul selaku juara kumpulan dengan 6 mata daripada 2 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram