AFF U23: Malaysia Tak Mahu Pulang Tangan Kosong
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan skuad kebangsaan B-23 tahun, Ubaidullah Shamsul Fazili yakin skuad negara tidak akan pulang dengan tangan kosong pada esok hari. 

Malaysia akan bertemu Thailand bagi aksi penentuan tempat ketiga dalam saingan Piala AFF B-23 edisi kali ini. 

Pemain berusia 19 tahun ini akui kecewa apabila kalah di separuh akhir menentang Vietnam semalam. Namun, beliau percaya tahap moral semua pemain dalam keadaan terbaik untuk menundukkan skuad Gajah Perang itu nanti. 

Advertisements

“Untuk perlawanan semalam semestinya ada rasa kecewa kerana tidak masuk ke perlawanan akhir. Tapi moral pasukan dalam keadaan yang baik dan saya percaya rakan-rakan sepasukan semua semangat untuk perlawanan seterusnya.

“Perlawanan esok penting untuk kita, kita tidak mahu balik dengan tangan kosong walaupun tempat ketiga. Sekurang-kurangnya ada pencapaian.

Mengenai persediaan menentang Thailand esok, Ubaidullah dan rakan sepasukan akan beraksi mati-matian untuk meyumbang gangsa kepada Harimau Malaya. 

Advertisements

“Persediaan untuk esok kita akan ikut seperti yang diterapkan jurulatih. Kita perlu fokus dan kerja keras lagi kerana Thailand adalah pasukan yang kuat. Kita harap dapat buat yang terbaik esok. 

“Kami akan memberikan aksi terbaik menunjukkan kebolehan masing-masing kepada jurulatih. Semua pemain mahu berbakti kepada negara, tidak sesiapa pun datang dengan saja-saja,” kata Ubaidullah dipetik daripada FAMalaysia.

Perlawanan penentuan tempat ketiga akan berlangsung pada hari esok, 26 Ogos pada jam 5.00 pm waktu Malaysia di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram