AFF U23: Malaysia Tumpaskan Indonesia
Piala AFF
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan pertama aksi Kumpulan B kempen Piala AFF B23 2023 yang berlangsung di Stadium Rayong menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan tentangan Indonesia.

Seawal minit ketujuh permainan, Malaysia miliki peluang terhidang untuk memecah kebuntuan menerusi Aliff Izwan Yuslan. Rembatan penyerang dari Selangor itu bagaimanapun sedikit lemah dan berjaya ditangkap kemas penjaga gol Indonesia.

Advertisements

Pada minit ke-29 permainan, kealpaan benteng pertahanan negara telah memberi ruang buat Indonesia mencetak gol. Penyerang Persis Solo, Ramadhan Sananta berjaya lepasi perangkap offside kem Malaysia sebelum tenang menggelecek dan merembat masuk bola ke gawang.

@affu23championship

Ramadhan Sananta leaving people in the dust! 💨 #AFFU23 #MASvIDN #garuda #indonesia #kitagaruda #indonesiajuara #timnas #GarudaMendunia #TimMerahPutih #football

Advertisements
♬ original sound – AFF U23 Championship – AFF U23 Championship

Jaringan tersebut memastikan Indonesia memiliki kelebihan, mendahului Malaysia. Separuh masa pertama tamat, Indonesia 1-0 Malaysia.

Babak kedua perlawanan bermula dengan dua pertukaran dilakukan E. Elavarasan dengan memasukkan penyerang JDT II, Fergus Tierney dan Umar Hakeem bagi menggantikan Harith Akif dan Syahir Bashah.

Advertisements

Kemasukan Fergus Tierney terus memberi impak segera buat kem kebangsaan apabila gelecekannya di dalam kawasan kotak penalti lawan telah dikasari pertahanan Indonesia.

Pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia sekaligus disempurnakan Fergus Tierney untuk gol pertama Malaysia.

Advertisements

Pada minit ke-62 permainan, Fergus Tierney sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring. Ketenangan ledakan Tierney gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari untuk gol kedua Malaysia.

Advertisements

Selepas jaringan tersebut terhasil, Indonesia terus mencuba untuk mencari gol penyamaan namun ketangkasan Rahadiazli mengagalkan hasrat anak buah Shin Tae-Yong.

Lapan minit masa tambahan yang diberikan pengadil mencetuskan keadaan cemas buat penyokong-penyokong Harimau Muda. Indonesia tak henti mengasak namun benteng negara terus disiplin bertahan.

Advertisements

Dua jaringan Tierney memastikan anak buah E. Elavarasan cemerlang mengutip tiga mata dan bermula dengan langkah kanan di pentas Piala AFF B23 2023.

Malaysia berjaya tewaskan Indonesia dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Aksi seterusnya dalam saingan Kumpulan B bakal diteruskan Indonesia yang berdepan Timor Leste pada Ahad, 20 Ogos sebelum aksi terakhir Kumpulan B antara Timor Leste dan Malaysia pada Selasa, 22 Ogos 2023.

Video penuh: https://fb.watch/mvlsTP3VHk/

Advertisements

News Comments Account