AFF U23: Myanmar Bangkit Ikat Kemboja
Piala AFF
FFC
Advertisements

Perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala AFF U23 menyaksikan pertembungan antara pasukan Myanmar yang turun menentang Kemboja.

Aksi yang berlangsung di Stadium PTT itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Asakan bertali arus yang dilakukan oleh pasukan Kemboja sering memrangkap pertahanan tuan rumah yang akhirnya dibolosi pada minit ke-13 menerusi Kong Lyhour.

Advertisements

Cubaan Myanmar untuk bangkit berjaya disekat oleh lawan sehingga tamat babak pertama.

Babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, cubaan anak buat Micheal Feinchtenbeiner untuk mencari gol penyamaan menjadi sukar.

Serangan balas Kemboja sesekali hampir menambah jaringan pasukan namun percubaan yang dilakukan kebanyakannya tidak tepat ke sasaran.

Advertisements

Myanmar bagaimanapun mengejutkan lawan apabila berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit akhir permainan menerusi percubaan Kun Kyaw yang menewaskan penjaga gol Kemboja.

Tambahan masa lima minit masih tidak cukup untuk membantu Myanmar mencari gol penyamaan dengan kelibat pertahanan lawan kebal mengawal pintu gol.

Advertisements

Keputusan itu kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan Myanmar tewas kali kedua dan harapan untuk mara semakin tertutup.

Aksi seterusnya bakal menyaksikan Myanmar bertemu Brunei manakala Kemboja berdepan cabaran hebat apabila Thailand menjadi lawan berikutnya pada 21 Ogos 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram