AFF U23: Myanmar Tewaskan Brunei
Piala AFF
Myanmar Football Federation
Advertisements

Kemenangan 3-0 skuad B-23 Myanmar ke atas Brunei dalam aksi terakhir Kumpulan A gagal membantu mereka layak ke separuh akhir Piala AFF B-23.

The Chinthe yang dikendali bekas jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner tahu mereka memerlukan kelebihan jaringan besar untuk memintas Kemboja di tempat kedua.

Babak pertama menyaksikan Myanmar perlu menunggu sehingga minit ke-28 untuk membuka jaringan menerusi Naung Naung Soe. Kapten The Chinthe itu mudah menanduk bola sepakan sudut menewaskan penjaga gol Brunei, Jefri Syafiq Ishak.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Myanmar menambah gol kedua menerusi pemain gantian, Swan Hitet pada minit ke-47. Lima minit kemudian, Moe Swe menyumbat gol ketiga untuk pasukan itu.

Pemain tengah The Chinthe, Chit Aye menambah gol keempat pada minit ke-67. Bagaimanapun, usaha mereka mengurangkan perbezaan jaringan dengan Kemboja makin sukar apabila Brunei menyumbat gol pada minit ke-71 menerusi Wafiq Danish Mohd Hasimulabdillah.

Advertisements

Biarpun berjaya meraih kemenangan besar, Myanmar gagal layak ke separuh akhir Piala AFF B-23. Selain mereka, Kemboja dan Brunei juga tersingkir dari kejohanan.

Dan ini sesuatu yang perlu difikirkan Feichtenbeiner menjelang pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram