AFF U23: “Pemain Tidak Bermain Seperti Dirancang” – E. Elavarasan
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Bawah 23 tahun skuad kebangsaan, E. Elavarasan mengakui corak permainan pada separuh masa pertama tidak seperti yang dirancang. 

Beliau menyifatkan para pemain hilang tumpuan terutamanya barisan pertahanan yang alpa menyebabkan Malaysia dibolosi dengan tiga jaringan dalam separuh masa pertama. 

“Saya merasakan separuh masa pertama kita tidak beraksi dengan efektif, cara permainan kami tidak seperti mana yang dirancang.

Advertisements

“Banyak kesilapan yang dilakukan di bahagian pertahanan, bolos dengan jaringan tiga pada separuh masa pertama memberi kelebihan buat Vietnam,” kata Elavarasan di sidang media selepas tamat perlawanan. 

Melihat dari sudut positif, jurulatih berusia 61 tahun ini berpuas hati dapat melihat tahap kemampuan setiap pemain yang beraksi di peringkat antarabangsa ini. 

“Walaubagaimanapun, pendedahan kepada pemain di peringkat antarabangsa memberi sedikit perkembangan positif untuk ketahui kualiti setiap pemain, sejauh mana mereka mampu pamerkan.

Advertisements

Seterusnya, Malaysia akan bertemu sama ada Thailand atau Indonesia bagi penentuan tempat ketiga Piala AFF B-23 2023.

Pertembungan antara Thailand dan Indonesia akan berlangsung pada malam ini bermula jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram