AFF U23: “Pemain Vietnam Bahaya, Tapi Jurulatihnya Lebih Berbahaya” – E. Elavarasan
Piala AFF
AFF
Advertisements

Umum mengetahui, skuad bawah 23 tahun negara kendalian E. Elavarasan berjaya melangkah ke separuh akhir dalam saingan Piala AFF U23 2023 di Thailand.

Di peringkat separuh akhir, Malaysia bakal bertemu juara bertahan iaitu Vietnam. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada malam ini (24 Ogos).

Bagi Elavarasan, beliau melihat barisan pemain Vietnam yang dibawa ke kejohanan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan merbahaya kepada pasukan Malaysia. Namun beliau merasakan individu paling bahaya dalam skuad Vietnam adalah jurulatih Vietnam itu sendiri iaitu Hoang Anh Tuan.

Advertisements

“Pada saya, pasukan bawah 23 tahun Vietnam adalah pasukan yang kuat. Kesemua pemain mereka mempunyai kekuatan dan sangat berbahaya.

“Walau bagaimanapun, individu yang paling berbahaya dalam pasukan Vietnam adalah ketua jurulatih mereka (Hoang Anh Tuan). Secara keseluruhan, mereka adalah pasukan yang bagus dan agak stabil. Paling penting, Malaysia perlu beraksi dengan semangat yang tinggi,” luah Elavarasan dalam sidang media pra perlawanan separuh akhir semalam.

Malaysia bakal berdepan Vietnam di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 24 Ogos. Manakala satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan tuan rumah, Thailand yang akan bertemu Indonesia yang juga merupakan juara edisi 2019.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram