AFF U23: Rahadiazli Bangkit Selepas Disisihkan
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC dan skuad bawah 23 tahun (U23) Malaysia, Rahadiazli Rahalim dilihat semakin yakin apabila diturunkan pengendali skuad U23 Malaysia, E. Elavarasan pada aksi pertama kumpulan B Piala AFF U23 menentang Indonesia pada Jumaat.

Penjaga gol tinggi lampai itu menjadi penjaga gol utama skuad ‘Harimau Muda’ sekali gus mengetepikan dua penjaga gol lain yang berada di dalam skuad iaitu Syahmi Adib dan Azim Al Amin.

Rahadiazli membalas kepercayaan yang diletakkan jurulatih kepada dririnya dengan aksi yang wajar diberikan pujian. Di kala kubu Malaysia diasak bertali arus oleh barisan penyerang Indoensia, Rahadiazli pula mempamerkan ketangkasan dalam menyelamatkan pintu gol Malaysia dari dibolosi.

Advertisements

Umum sedia maklum, musim ini bukanlah musim yang terbaik buat penjaga gol muda itu apabila beliau kerap kali disishkan dari kesebelasan utama Terengganu. Penjaga gol utama Terengganu kini menjadi milik Suhaimi Husin.

Sepanjang musim 2023 ini, Rahadiazli hanya diturunkan lima kali sahaja bersama skuad ‘Sang Penyu’ dalam kesemua pertandingan. Daripada lima penampilan tersebut, Rahadiazli telah dibolosi tujuh gol dan mencatatkan tiga cleansheet.

Advertisements

Dengan Elavarasan yang meletakkan kepercayaan kepada beliau sebagai benteng terakhir Malaysia, sudah tentu ianya menjadi satu momen kebangkitan buat Rahadiazli dalam mendapatkan semula tempat sebagai penjaga gol utama Terengganu.

Malaysia bakal bertemu Timor Leste pada aksi terakhir kumpulan B Piala AFF U23 pada 22 Ogos ini. Kemenangan ke atas Timor Leste bakal melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan bermula 24 Ogos.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram