AFF U23: Shin Tae-yong Ucap Terima Kasih Kepada Vietnam
Piala AFF
Pssi
Advertisements

Pengendali skuad bawah 23 tahun Indonesia, Shin Tae-yong sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan Vietnam yang berjaya menewaskan Filipina dalam aksi Kumpulan C Piala AFF U23 semalam sekali gus membantu Indonesia mara ke separuh akhir.

Tae-yong juga melihat keempat-empat pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFF U23 ini adalah pasukan yang selayaknya berada di peringkat ini dan beliau menganggap Thailand adalah yang terkuat daripada keempat-empat pasukan ini.

“Terima kasih kepada Vietnam kerana memenangi perlawanan semalam (menewaskan Filipina). Dengan kejohanan Asia Tenggara untuk pembangunan masa depan ini, setiap perlawanan harus adil seperti perlawanan malam tadi.

Advertisements

“Sebelum ini, Vietnam dan Thailand mempunyai perlawanan yang teruk. Undian (di kejohanan AFF U19) meletakkan mereka di kumpulan yang sama, menyebabkan Indonesia tersingkir dan tidak sepatutnya berlaku. Apa pun, saya amat berterima kasih dengan perlawanan malam tadi.

“Empat pasukan yang layak ke separuh akhir semuanya selayaknya layak, harap kedua-dua separuh akhir ini berkualiti dan menarik. Saya telah menonton perlawanan Thailand dan saya rasa Thailand mempunyai skuad terkuat dalam kejohanan itu,” luah Shin Tae-yong dalam sidang media pra perlawanan separuh akhir sebentar tadi.

Perlawanan separuh akhir Piala AFF U23 akan menemukan Thailand dan Indonesia manakala satu lagi separuh akhir akan menemukan Malaysia dan Vietnam. Kedua-dua perlawanan ini akan dilangsungkan pada 24 Ogos ini di Stadium Wilayah Rayong, Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram