AFF U23: Shin Tae-yong Waspada Dengan Ancaman Vietnam
Piala AFF
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong mengakui skuad B-23 Vietnam mampu menggugat peluang mereka untuk menjulang Piala AFF B-23 2023.

Ini kerana biarpun majoriti pemain yang dihantar beraksi ialah pemain-pemain skuad B-20, mereka melakukan tugas cemerlang sepanjang kejohanan. Ini termasuk menewaskan Malaysia dalam aksi separuh akhir yang berlangsung semalam.

Justeru, pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu mahu anak-anak buahnya berwaspada dengan cabaran Golden Star Warriors dan menampilkan prestasi cemerlang dalam aksi final esok.

Advertisements

“Mereka muncul dalam kejohanan tanpa pemain-pemain utama dari Sukan SEA. Pemain-pemain ini bukan pemain yang beraksi dalam perlawanan liga biasa.

“Jadi, kita akan lihat cara pendekatan kita dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Jadi, ya, kita ada satu pasukan yang bagus untuk esok,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan final hari ini.

Aksi final dilihat penanda aras yang diharap dapat dicapai Tim Garuda sebelum pusingan kelayakan Piala Asia B-23 yang berlangsung pada bulan hadapan.

Advertisements

Walaupun berstatus pasukan bukan pilihan, Indonesia berharap dapat mengejutkan Vietnam dalam aksi final yang berlangsung pada 26 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram