AFF U23: Singapura Tidak Sertai Piala AFF Bersebab
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Pasti ramai tertanya-tanya di manakah pasukan bawah 23 tahun Singapura yang dilihat tidak turut serta dalam kejohanan Piala AFF U23 di Thailand. Apakah punca utama mereka tidak menyertai kejohanan Asia Tenggara ini?

Menerusi satu berita yang disiarkan media Singapura sekitar Mei lalu, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Bernard Tan menjelaskan bahawa skuad muda Singapura memerlukan satu tempoh masa untuk bertenang selepas persembahan buruk di Sukan Sea ke-32, Mei lalu.

Bernard ada berinteraksi dengan beberapa pemain skuad bawah 23 Singapura selepas kekalahan besar 0-7 kepada Malaysia dalam acara bola sepak Sukan Sea. Singapura menamatkan edisi Sukan Sea ke-32 dengan tanpa sebarang kemenangan dicatatkan.

Advertisements

“Para pemain rasa terkejut (tewas 0-7 kepada Malaysia). Saya fikir ianya tindakan yang bodoh apabila kita kalah dalam pertempuran, kemudian meletakkan pemain-pemain ini ke dalam pertempuran semula apabila anda tidak mempersiapkan mereka.

“Saya rasa itu satu perkara yang sangat bodoh untuk dilakukan,” luah Bernard kepada Mothership.

Advertisements

Dengan tidak mengambil bahagian dalam Piala AFF U23 di Thailand, FAS kini akan bekerjasama dengan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk melihat bagaimana mereka boleh menyediakan pemain dengan lebih baik untuk Sukan Asia ke-19 dan kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun akhir tahun ini.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad Bawah 23 tahun Singapura dalam kejohanan Piala AFF U23 adalah pada edisi 2005 di mana mereka menjadi naib juara. Pada edisi tersebut, juara kejohanan menjadi milik Thailand.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram