AFF U23: Thailand Tewaskan Brunei
Piala AFF
MakanBola
changsuek
Advertisements

Thailand meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFF U23 apabila mencatatkan kemenangan kedua menewaskan Brunei dengan keputusan 3-0.

Dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium PTT Rayong itu menyaksikan Thailand mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan ditiupkan.

Advertisements

Thailand tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan apabila Varintorn Watcharapingam menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-15

Ternyata gol tersebut membakar lagi semangat barisan pemain Thailand untuk melancarkan serangan. Usaha mereka nyata membuahkan hasil apabila pada minit ke-21, penyerang muda, Pattara Soimalai menanduk masuk sepakan sudut sekali gus menggandakan kedudukan menjadi 2-0.

Advertisements

Kubu Brunei terus diasak barisan pemain Thailand namun ketumpulan penyudah menggagalkan usaha mereka menambah jaringan. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan kekal 2-0 memihak Thailand.

Bersambung babak kedua, Thailand masih mempamerkan corak menyerang yang luar biasa manakala barisan pemain Brunei dilihat hanya mampu bertahan dan terus bertahan.

Advertisements

Thailand akhirnya berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-66 hasil penyudah jarak dekat Chirapong Raksongkham. Gol itu terhasil melalui satu sepakan sudut yang akhirnya ditanduk Chairapong.

Walaupun Thailand terus mengasak, tiada tambahan jaringan dan kedudukan 3-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan. Thailand akan bertemu Kemboja pada aksi terakhir kumpulan pada 21 Ogos manakala Brunei pula bakal berdepan Myanmar pada tarikh yang sama.

Advertisements

News Comments Account