AFF U23: Thailand Mahu Balas Dendam Terhadap Indonesia
Piala AFF
Changsuek / CNA
Advertisements

Aksi separuh akhir Piala AFF U23 2023 bakal menemukan Thailand dan juara edisi 2019, Indonesia. Perlawanan ini dijangka menjadi perhatian ramai selepas Thailand telah tewas kepada Indonesia dalam perlawanan akhir di Sukan Sea 2023 di Kemboja, Mei lalu.

Perlawanan akhir itu pasti diingati banyak pihak apabila kedua-dua pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan berlangsung.

Bagi pemain Thailand, Kittichai Yaidee, beliau berpendapat perlawanan ini adalah masa yang terbaik bagi pasukan Thailand untuk ‘balas dendam’ terhadap kekalahan dramatik di perlawanan akhir Sukan Sea tempoh hari.

Advertisements

“Kini, seluruh pasukan bawah 23 Thailand sudah bersedia 100%. Kami bercita-cita untuk memenangi perlawanan separuh akhir menentang Indonesia. Saya rasa bertemu Indonesia adalah satu perlawanan yang baik, kerana Thailand mempunyai peluang untuk membalas dendam terhadap mereka. Saya bersedia untuk bertemu dengan mereka,” luah Kittichai seperti dilaporkan oleh TheThao247.

Mengulas mengenai taktikal yang berkemungkinan bakal digunakan oleh Indonesia, Kittichai menjangkakan Indonesia akan menyerang dan pamer kekuatan mereka.

“Saya rasa barisan pemain Indonesia akan menyerang dan menunjukkan kekuatan di separuh akhir, tetapi Thailand akan fokus kepada permainan secara berpasukan,” jelas Kittichai lagi.

Advertisements

Thailand dijadualkan bertemu Indonesia dalam aksi separuh akhir yang bakal berlangsung pada pukul 7 malam ini. Manakala satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Malaysia dan Vietnam yang dijadualkan berlangsung lebih awal iaitu pada jam 5 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram