Aksi Kumpulan A kempen Piala AFF B23 2023 melibatkan pertemuan antara pasuka Thailand dan Kemboja di Stadium Rayong, Thailand. Tuan rumah kejohanan berjaya menewaskan Kemboja dengan keputusan 2-0.
Babak separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kemboja dan Thailand masing-masing dilihat masih mencari retak untuk memecah kebuntuan.
Bersambung aksi di separuh masa kedua, Thailand berjaya mendapat jaringan pertama menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Kemboja, Reth Ly Heng.
Kemboja miliki peluang terhidang pada minit ke-68 permainan menerusi penyerang mereka, Khoan Soben. Bagaimanapun tindakan pantas pertahanan Thailand menafikan hasrat Kemboja menjaring gol pertama.
Pada minit ke-79 permainan, Kemboja sekali lagi dikecewakan menerusi percubaan Neithitorn yang terkena pertahanan Kemboja. Tempiasan tersebut terus menerjah jaring memastikan jaringan kedua milik Thailand.
Perlawanan tamat, Thailand berjaya tewaskan Kemboja dengan keputusan 2-0.
Kemenangan skuad Gajah Perang malam ini menyaksikan anak buah kendalian Issara Sritaro berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala AFF B23 2023.