AFF U23: Vietnam Ke Separuh Akhir Selepas Tewaskan Filipina
Piala AFF
ASEAN Football
Advertisements

Vietnam menepati ramalan untuk layak ke separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan C Piala AFF U23. Dalam aksi di Stadium Wilayah Rayong tadi, Vietnam berjaya menewaskan Filipina dengan keputusan 1-0.

Penguasaan bola telah dipamerkan barisan pemain Vietnam dengan beberapa percubaan merbahaya telah dilancarkan namun benteng Filipina kebal dalam menahan asakan.

Vietnam akhirnya berada di depan selepas penyerang muda berusia 18 tahun, Nguyen Huu Tuan meledak pada minit ke-18 perlawanan hasil rembatan deras kaki kirinya yang sekali gus merobek gawang Filipina.

Advertisements

Gol yang terhasil itu umpama pembakar semangat kepada Vietnam untuk menambah gol. Walaupun mempunyai deretan peluang, namun ianya gagal diterjemahkan kepada jaringan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Filipina terus membiarkan Vietnam menguasai bola. Barisan pemain Filipina dilihat mempunyai masalah untuk memegang bola dengan lebih lama apabila tekanan tinggi diberikan oleh pemain Vietnam.

Vietnam hampir menambah jaringan pada minit ke-87 menerusi Nguyen Quoc Viet yang menanduk sepakan sudut dari rakan sepasukan namun tandukannya sedikit tersasar.

Advertisements

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini membolehkan Vietnam mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C. Vietnam bakal bertemu Malaysia yang menjadi juara Kumpulan B di peringkat separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram