AFF U23: Vietnam Menang Ke Atas Malaysia
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Skuad B-23 Vietnam membuktikan status mereka sebagai juara bertahan Piala AFF B-23 dengan menewaskan Malaysia 4-1 di Stadium Wilayah Rayong dalam aksi separuh akhir hari ini.

Babak pertama menyaksikan Harimau Muda gagal mengawal bola dengan kemas dan kerap melakukan kesilapan. Dua kelemahan ini segera dimanfaatkan Golden Star Warriors dengan gol pertama mereka hadir pada minit kelapan menerusi Dinh Xuan Tien.

Vietnam terus melebarkan kelebihan jaringan mereka menerusi Nguyen Quoc Viet pada minit ke-32. Xuan Tien menambah derita Harimau Muda dengan gol ketiga pada minit ke-44.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Malaysia tampil lebih garang. Hasilnya, Alif Ikmalrizal Anuar merapatkan kedudukan menerusi gol pada minit ke-49.

Tersentak, jurulatih Golden Star Warriors, Hoang Anh Tuan membuat beberapa pertukaran bagi menstabilkan semula pasukan.

Vietnam bernasib baik tidak bermain dengan 10 pemain selepas pemain gantian. Bui Vi Hao membuat terjahan tinggi ke atas Alif Ikmalrizal pada minit ke-64. Vi Hao hanya dikenakan kad kuning oleh pengadil dari Korea Selatan, Choi Hyun-jai.

Advertisements

Anak-anak buah E. Elavarasan berusaha mencari gol tambahan untuk sekurang-kurangnya mengikat Vietnam tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, Nguyen Hong Phuc memastikan kemenangan 4-1 ke atas Malaysia pada minit ke-85.

Keputusan ini menyaksikan Harimau Muda kini perlu bersaing bagi mendapatkan kedudukan ketiga Piala AFF B-23 2023.

Mereka kini menunggu keputusan satu lagi aksi separuh akhir membabitkan Thailand dan Indonesia malam ini bagi menentukan siapa lawan mereka untuk penentuan tempat ketiga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram