Advertising
Ahli Gabungan Dilarang Hadir Antara Punca KAFA Digantung
FAM
MakanBola
Kelantan FA

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan punca Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah digantung.

Pihak FAM dalam satu kenyaaan memaklumkan bahawa keahlian KAFA telah digantung sebagai ahli gabungan badan induk itu secara serta-merta bermula 23 Disember yang lalu.

Ad

“FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah digantung keahliannya sebagai Ahli Gabungan FAM berkuat kuasa serta-merta bermula Isnin, 23 Disember 2024,” ujar badan induk bola sepak negara itu.

Ad

“Jawatankuasa Eksekutif FAM secara majoriti menerusi keputusan secara bertulis telah bersetuju dengan cadangan tindakan yang telah dibentangkan untuk menggantung keahlian KAFA.”

“Keputusan untuk menggantung KAFA ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.”

Ad

Tambah FAM lagi, Kongres dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA yang diadakan sebelum ini adalah tidak sah kerana terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan dan tidak dijemput hadir.

Ad

Malah, prosedur dan pengendalian kongres badan induk bola sepak negeri itu juga dilakukan secara tidak teratur dan tidak memenuhi prosedur yang ditetapkan serta harus diadakan semula.

Ad

“Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM pada mesyuarat yang diadakan pada Khamis, 19 Disember 2024 telah memutuskan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA Bagi Sesi 2024-2028 adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.”

“Ia disebabkan terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres tersebut, selain prosedur dan tatacara pengendalian Kongres KAFA itu tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur-prosedur yang betul.”

“Sehubungan itu, FAM telah mengarahkan supaya KAFA mengadakan semula kongres dan pemilihan tersebut secepat mungkin.

Walaupun digantung oleh FAM, namun hasrat salah satu kelab naungan KAFA, Kelantan Red Warrior untuk beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim depan tidak akan terjejas.