Aidil Sharin : “Saya Rasa Mereka Ada Alasan Tersendiri Belum Tawar Kontrak Baru”
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak berjanji untuk terus kekal profesional dan komited melaksanakan tugasannya sebaik mungkin di sebalik belum menandatangani kontrak baru dengan kelab itu.

Masa depan Aidil Sharin menjadi bualan hangat tatkala Kedah ketika ini mengharungi antara prestasi terburuk mereka di bawah kendalian jurulatih dari Singapura itu.

Kekalahan 1-4 di tangan JDT pada Selasa adalah yang keempat berturut-turut dialami mereka, dan yang kesepuluh dalam Liga Super musim ini menyaksikan mereka menghuni tangga ketujuh dengan 27 mata.

Advertisements

Aidil Sharin telah bersama Kedah sejak musim 2019 namun dalam tempoh empat tahun dia hanya berjaya untuk menghadiahkan satu trofi iaitu Piala FA pada musim pertamanya.

Justeru penyokong merasakan Aidil Sharin telah diberi masa yang cukup dan sudah tiba masanya pembaharuan dibuat untuk mengembalikan kegemilangan pasukan Kedah, dan jurulatih itu sendiri sedar mengenainya.

Advertisements

“Sehingga ke waktu ini memang belum ada lagi tawaran untuk sambung kontrak daripada pihak pengurusan. Tapi saya bersikap profesional dan mungkin pengurusan kelab ada alasan mereka sendiri.

“Saya juga tidak tahu sama ada mereka sudah ada jurulatih baharu bagi saingan musim depan. Apapun, seperti saya katakan, selagi masih bersama Kedah dan kontrak masih sah, maka saya sebagai seorang profesional akan bimbing pasukan itu sehingga tamat kontrak.

Advertisements

“Tentang masa depan saya biar pihak pengurusan putuskan,” ujar pengendali berusia 45 tahun itu.

Di sebalik kegagalan Kedah untuk menyengat musim ini, terdapat beberapa pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat Aidil Sharin justeru jika kontrak beliau tidak disambung sekalipun, pastinya tidak sukar untuknya mendapatkan pasukan baru untuk dibimbing.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram