Ajdin Mujagic Cipta Rekod Baharu JDT
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Rekod tersebut dicipta oleh Ajdin Mujagic ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat lalu ketika JDT menentang Melaka FC.

Ajdin Mujagic diturunkan buat kali pertama selepas perpindahan beliau dari Sabah terus meledak gol pembukaan perlawanan pada minit ke-5 aksi selepas menerima umpanan mudah dalam kawasan kotak penalti Melaka FC.

Selepas itu, beliau meledak gol kedua & ketiga perlawanan pada minit ke-8 dan ke-61 aksi sekali gus mencipta sejarah baharu bersama pasukan Harimau Selatan.

“Ajdin Mujagic muncul pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pertama yang meledak hatrik ketika melakukan debut buat Harimau Selatan.”

“Mujagic menjaringkan tiga gol ketika membantu JDT menumpaskan Melaka FC 5-0 pada aksi Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2025-26 di Stadium Sultan Ibrahim pada 13 Februari 2026. Luaskan Kuasamu Johor,” kata JDT dalam satu kenyataan di laman media sosial.

Aksi tersebut berakhir dengan keputusan 5-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas Manuel Hidalgo & Marcos Guilherme turut meledak gol perlawanan.