Akademi Hijau Kuning Jalin Kerjasama Dengan Kelab Bola Sepak Abu Dhabi
Liga M3
Hijau Kuning FC
Advertisements

Akademi bola sepak yang berpangkalan di Kedah, Hijau Kuning terus membina kerjasama dengan rakan kelab antarabangsa bagi membantu pembangunan bola sepak pemain remajanya. Terbaru, Hijau Kuning menjalin kerjasama strategik dengan Regional Sport Football Academy (RSFA) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hijau Kuning melihat kerjasama ini bakal meningkatkan lagi mutu dan tahap pembangunan bola sepak pemain mereka dengan lebih intensif di peringkat antarabangsa. Ini selaras dengan misi akademi berkenaan yang mahu melahirkan pemain remaja yang cemerlang dan profesional.

“Pengurusan Tertinggi Hijau Kuning Football Club (HKFC) telah hadir ke Abu Dhabi bagi mengadakan kerjasama dan lawatan ke fasiliti milik kelab bola sepak Regional Sport Football Academy (RSFA).

Advertisements

“RSFA sebuah akademi bola sepak yang bertempat di Abu Dhabi dan diasaskan pada tahun 2013 oleh Omar Al Dhiyebi dan diuruskan oleh beliau sendiri.

“Pihak HKFC telah mencadangkan empat bidang utama kerjasama iaitu dalam bidang latihan bola sepak, pendidikan, warisan kebudayaan dan komersil,” kata Hijau Kuning menerusi kenyataan media mereka.

Sehubungan dengan itu, tiga pelatih Hijau Kuning berpeluang menjalani latihan secara intensif di RSFA dalam masa terdekat.

Advertisements

“Dengan memberi fokus kepada pembangunan remaja akar umbi, RSFA mempunyai 20 pasukan yang terdiri daripada pelatih dari hampir 50 negara selain mempunyai akademi remaja wanita mereka sendiri.

“Pihak RS FA telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam semua bidang yang dinyatakan dan pihak HKFC akan menghantar tiga pelatihnya untuk menjalani latihan di RSFA dalam masa terdekat.

“Dengan kerjasama ini, HKFC berharap agar pelatih-pelatih HKFC dapat mempelajari dan mengikuti latihan intensif di peringkat antarabangsa dan menjalani latihan yang lebih kompetitif selaras dengan misi dan visi HKFC yang menjadi platform kepada pemain remaja untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat tertinggi,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram