Akhyar Rashid Ada Sebab Tersendiri Mengapa Beliau Tidak Dapat Beraksi 90 Minit
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid memiliki sebab yang tersendiri susulan tidak dapat meneruskan cabaran selama 90 minit bersama skuad kebangsaan.

Bintang kelahiran Kedah ini menjadi tunjang utama apabila mengemudi jentera serangan Harimau Malaya dengan cukup baik dalam dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

Pemain berusia 23 tahun ini menjadi watak penting menerusi sentuhan ampuh dengan meledak dua gol daripada dua perlawanan tersebut.

Advertisements

Beliau bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan terutamanya mengenai kecergasannya di atas padang.

“Saya amat berpuas hati daripada dua perlawanan ini saya dapat menjaringkan dua gol kerana saya jarang bermain di kelab.”

Advertisements

“Saya tak rasa saya bermain terlalu baik tetapi saya usaha yang terbaik setiap kali diturunkan. Terima kasih kepada pasukan yang memberi sokongan walaupun saya jarang bermain, saya tetap memberikan 100 peratus.”

Akhyar bagaimanapun sempat berkongsi tips tentang bagaimana beliau mengekalkan tahap kecergasan sungguhpun tidak beraksi.

Advertisements

“Saya jaga makan minum tetapi jika lihat saya kurang cergas, saya rasa sebab kurang minit permainan tetapi saya cuba buat yang terbaik semasa latihan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Akhyar mencatatkan dua jaringan penting sekaligus menyaksikan Malaysia berjaya memungut 10.12 mata dan kini berpeluang melonjak ke tangga-138 dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram