Duo sensasi Terengganu FC, Akhyar dan Safawi Rasid berjaya mencabar angka yang direkodkan oleh Arif Aiman Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedua-dua pasukan bertemu bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia 2024 di Gong Badak namun kemenangan memihak kepada skuad Harimau Selatan dengan keputusan 4-0.
Arif Aiman merupakan watak penting buat JDT musim ini selepas merekodkan tiga jaringan dalam saingan Piala FA 2025.
Jumlah ini berjaya ditandingi oleh duo Terengganu yang turut merekodkan tiga jaringan tatkala carta didahului oleh Bergson Da Silva dengan 6 gol.
Arif secara keseluruhan telah merekodkan 16 jaringan musim bagi semua pertandingan sementara Safawi Rasid (12) dan Akhyar (7).
Akhyar dan Safawi merupakan aset berharga buat Terengganu musim ini dan telah beraksi hampir semua perlawanan dalam kesebelasan utama.
Ujian berikutnya buat finalis Piala Malaysia ini adalah aksi ASEAN Club Championship menentang wakil Indonesia, PSM Makassar di laman sendiri pada 22 Januari ini.