Dunia
Advertisements

Bekas pemain Kedah dan juga pemain kebangsaan negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mahu menimba pengalaman sebagai pembantu jurulatih Pulau Pinang. Beliau juga berminat untuk membimbing pasukan Kedah sekiranya cita-citanya itu tercapai suatu hari nanti.

Beliau yang memiliki Lesen A itu telah dilantik oleh Penang FA sebulan yang lalu selepas pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira sendiri yang mencadangkan pelantikannya sebagai pembantu.

Ia jelas satu peluang yang dinantikannya untuk menimba ilmu melatih pasukan yang beraksi di Liga Malaysia dan untuk berada bersama Manzoor Azwira, ia peluang yang sukar untuk dilepaskan.

Advertisements

“Ya, memang itulah impian saya (menjadi ketua jurulatih) apabila sudah menceburi bidang kejurulatihan, tetapi dalam setahun, dua ini saya mahu dapatkan pengalaman terlebih dahulu,” tuturnya.

“Saya beruntung dapat bersama ‘coach’ Manzoor kerana beliau seorang ‘coach’ yang berpengalaman dengan bola sepak moden dan sentiasa berkongsi idea pada semua staf kejurulatihan.

ak Akmal Rizal Mahu Timba Pengalaman Di Pulau Pinang, Turut Berminat Bimbing Kedah
Pengalaman luas Akmal ditagih oleh Pulau Pinang terutama bahagian serangan

“Jika berpeluang melatih pasukan Kedah, ia adalah sesuatu yang cukup menarik kerana ia tempat saya membesar sebagai pemain bola sepak,” ujarnya lagi.

Advertisements

Anak Jati Kedah ini pernah menimba pengalaman di Liga Perancis pada 20 tahun lalu ketika bersama pasukan RC Strasbourg dan FCSR Haguenau serta menjadi penjaring gol buat pasukannya, namun akibat masalah kecederaan serius, jurulatih berusia 38 tahun itu akhirnya pulang ke Malaysia.

Pengalaman luasnya di peringkat kelab dan negara inilah yang ditagih oleh Manzoor Azwira untuk mengasah jentera serangan Harimau Kumbang dan menurutnya mudah buatnya menurunkan ilmunya ke dalam latihan kerana beliau faham keperluan pemain.

“Memang satu tanggungjawab yang besar, tetapi saya yakin dapat mencurahkan segala pengalaman saya sebagai pemain terutama untuk membantu jentera serangan agar menjadi lebih baik.

Advertisements

“Ini karier pertama saya untuk mengendalikan skuad senior dalam Liga Premier. Saya juga berterima kasih pada ‘coach’ Manzoor yang memilih sendiri untuk saya membantu beliau,” tambahnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram