Aksi Hassan Sunny Dua Kali Gagalkan ‘Freekick World Class’
Dunia
Beary.Photography
Advertisements

Siri perlawanan persahabatan Tri-Nations Series 2022 menyaksikan pasukan Malaysia telah tewas kepada Singapura dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura itu menyaksikan aksi bermutu telah ditampilkan kedua-dua pasukan.

Kelibat penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny yang diberikan kepercayaan untuk turun sebagai kesebelasan utama pasukan telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang penjaga gol yang memiliki karisma dan ketangkasan tersendiri.

Penjaga gol yang berusia 37 tahun ini menjadi penyumbang terbesar kepada kegagalan pasukan Malaysia dalam mencari jaringan. Menjadi taruhan di benteng terakhir Singapura, beliau bertindak sempurna untuk menampan dan menepis kemas setiap percubaan pemain Harimau Malaya.

Advertisements

Apa yang lebih mencuri perhatian, Hassan Sunny pada semalam berjaya menidakkan dua sepakan percuma berkelas dunia yang diambil pemain Malaysia. Pada minit ke-42 permainan, percubaan terus Safawi Rasid di bahagian kiri gawang ditepis kemas oleh Hassan Sunny.

Youtube Astro Arena

Tidak cukup dengan itu, pada minit ke 61 permainan, Hassan Sunny sekali lagi bertindak bijak menampan bola keluar lencongan sempurna oleh Dion Cools. Freekick world class itu masih gagal untuk menmbusi gawang Hassan Sunny.

Bagaimanapun, pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi berjaya memecah kebuntuan pasukan kebangsaan apabila rembatan deras Liridon pada minit ke-56 gagal diselamatkan oleh Hassan Sunny.

Advertisements

Aksi bertenaga penjaga gol berpengalaman ini pasti akan terus ditagih pengendali Singapura, Nazri Nazir. Lihat aksi tangkas Hassan Sunny menyelamatkan sepakan percuma berkelas dunia pada minit ke 2.30 (Safawi Rasid) dan minit ke 4.20 (Dion Cools) di Youtube Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram