Pertarungan antara dua jaguh muda handalan Muay Thai, Johan Ghazali dan Ramadan Ondash akhirnya jadi kenyataan.
Ini selepas ONE Championship mengumumkan dua jaguh itu akan berentap dalam perlawanan ONE The Inner Circle 24 yang akan berlangsung pada 31 Julai ini.
Pengumuman ini sekaligus merealisasikan impian Ondash yang ingin berentap dengan Johan dalam gelanggang. Hasrat itu dizahirkan beliau selepas menewaskan Suriyanlek Por Yenying pada Mei lalu.
“Johan Ghazali, saya sayang beliau, beliau rakan saya tapi dalam gelanggang tiada kawan. Semua orang nakkan saya lawan Jojo.
“Semua orang di Malaysia dan Thailand kerana kami masih muda dan jaguh hebat. Saya hormati beliau, beliau seperti saudara saya.
“Saya amat menghormati beliau. Tapi ayuh lakukannya, ayuh Jojo,” katanya dengan penuh semangat.
Susulan itu, Johan memaklumkan beliau sudah bersedia berdepan sesiapa saja termasuk Ondash dalam gelanggang.“Saya sentiasa bersedia. Sesiapa saja, di mana saja.” katanya.
Johan melihat ini peluang untuk beliau bangkit semula selepas tewas kepada Shimon Yoshinari pada April lalu.