Aksi Pantas Syihan Hazmi ‘Terjah’ Bola Atas Garisan Selamatkan JDT
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tindakan pantas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi telah menyelamatkan pasukan daripada dibolosi awal ketika berdepan Perak FC dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Pemain berusia 27 tahun itu terus menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano Solari berdepan The Bos Gaurus.

JDT bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan percubaan awal daripada jentera serangan tuan rumah namun ketangkasan anak jati Kelantan itu menyelamatkan keadaan.

Advertisements

Detik bermula apabila Perak memperoleh sepakan penjuru dengan tandukan awal Sunday Afolabi singgah di kepala Seo Seon-ung yang sempat melonjak untuk menolak bola ke dalam gawang.

Syihan bagaimanapun kelihatan lebih bersedia untuk menafikan tandukan tersebut apabila beliau berjaya menangkap bola itu yang dipersoal pemain Perak.

Pengadil perlawanan, S. Logeswaran bagaimanapun kekal dengan pendirian bahawa percubaan itu bukan jaringan buat pasukan tuan rumah.

Advertisements

JDT mendahului babak pertama dengan dua gol menerusi tandukan Oscar Arribas dan gol luar biasa oleh Arif Aiman.

Syihan sekali lagi menyelamatkan keadaan selepas percubaan Luka Milunovic diselamatkan menggunakan bahunya untuk mengekalkan kelebihan buat JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram