Tular Aksi Paul Pogba ‘Wrestling WWE’ Terhadap Yerry Mina
TV
Advertisements

Bintang Manchester United, Paul Pogba melakukan aksi mirip gerakan gusti tiruan WWE terhadap pemain pertahanan Everton, Yerry Mina ketika seri 1-1 di Old Trafford.

Kejadian tersebut berlaku pada lewat permainan dengan Manchester United terdesak mencari jaringan kemenangan setelah Andros Townsend menyamakan kedudukan pada separuh masa ke-2.

Poga kelihatan menggengam Yerry Mina seterusnya melempar lelaki tersebut persis aksi Wresling WWE yang kerap kita lihat di kaca televisyen.

Advertisements

Nasib Pogba agak baik kerana pengadil perlawanan, Michael Oliver tidak memberikan sebarang kad kepada pemain Perancis berkenaan.

Anthony Martial menjaringkan gol pertama buat Manchester United pada minit ke-43 selepas menerima hantaran cantik Bruno Fernandes. Beliau yang tidak dikawal pertahanan Everton maju kehadapan dengan sepakan deras menewaskan Jordan Pickford.

Bersambung babak ke-2, Everton memperkemaskan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi satu serangan balas menerusi jaringan Andros Townsend.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram