Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal bin Abd Halim berjaya membantu Malaysia melakar kemenangan keatas Thailand dalam kempen Piala AFF 2022 pada semalam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berkesudahan dengan kemenangan memihak pasukan Harimau Malaya dengan keputusan 1-0.
Selepas jaringan Faisal terhasil, tular di beberapa platform media sosial hari ini rakaman video jaringan tersebut.
Gol cantik hasil hantaran lintang Ruventhiran telah disempurnakan Faisal pada minit ke-11 permainan. Jaringan tunggal itu sekaligus membawa kemenangan buat Malaysia.
Video klip pendek jaringan Faisal tersebut tular apabila goal celebration nya mencuri perhatian ramai. Faisal Halim yang membuat Siu sebanyak tiga kali mendapat perhatian sehingga memembusi pasaran luar negara.
Dalam tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen di Twitter terutamannya memuji dan positif dengan tindakan Faisal. Gema Siu di Stadium Bukit Jalil menghangatkan lagi aksi Malaysia semalam.
Malaysia bakal berdepan Thailand untuk aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 pada Selasa depan. Aksi penentuan untuk slot ke Final itu akan berlangsung di Stadium Thammasat, Bangkok.