‘Otak Bergeliga’ Amri Yahyah Buat 3 Pertahanan Hilang Arah
Dunia
Sabah Official
Advertisements

Pemain berpengalaman Sabah FC, Amri Yahyah kembali mencuri tumpuan apabila beliau memperakan aksi yang cukup cemerlang ketika membantu Sabah meraih kemenangan tempoh hari.

Beliau yang kini sudah pun menginjak ke usia 41 tahun masih kekal aktif selain menjadi watak penting pasukan Sabah FC yang kini dikendalikan oleh Ong Kim Swee.

Bukan itu sahaja, setiap kali diberi peluang, Amri akan sentiasa berusaha keras di atas padang bagi memastikan pasukan di bawah bayu itu kekal berada di landasan kemenangan.

Advertisements

Hal ini terbukti apabila lagenda Selangor ini menjadi watak penting pasukan ketika merakamkan kemenangan ke atas pasukan Respect FC 2-0.

Amri yang diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberi impak yang cukup luar biasa menerusi larian dan juga gelecekannya yang kekal berbisa.

Hal ini terbukti apabila beliau menjadi watak penting ketika pasukan Sabah memperoleh jaringan pertama perlawanan.

Advertisements

Beliau yang membawa bola dari tepi padang berjaya melakukan satu hantaran lintang sungguhpun dikawal oleh 3 orang pertahanan Respect FC sebelum bola itu tenang disudahkan oleh rakan sepasukannya, Ummareng.

Persembahan pemain yang mesra disapa Wak Am ini juga jelas membuktikan kudratnya masih gagah sungguhpun usianya sudah lanjut.

Pada musim ini, Amri baru sahaj melakukan satu penampilan dalam saingan Liga Super sebagai pemain gantian selain melakukan satu bantuan gol dalam perlawanan ini.

Advertisements

Sabah kini dalam prestasi terbaik setelah menang 2 perlawanan terakhir ketika sebelumnya merakam kemenangan ke atas PJ City dengan keputusan 3-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram