Bekas pemain Kedah dan Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar diuji dengan kehilangan anak bongsu yang tercinta.
Berita menyedihkan ini disahkan menerusi satu kenyataan oleh pihak Baddrol Bakhtiar di Facebook yang memaklumkan mengenai pemergian anak bongsu bekas pemain Sabah itu.
“Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar telah kembali kerahmahtullah lebih kurang jam 3.15 pagi tadi,” ujar pihak admin Facebook.
“Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.”
Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahkan segala urusan.”
Sebaik berita ini dikongsikan di media sosial, ramai peminat termasuklah bekas rakan sepasukan Baddrol mengirimkan ucapan takziah dan doa buat keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu.