Dunia
Advertisements

Pengendali Felda United (FU), Mohd Nidzam Jamil mengakui tidak tertekan walaupun kehilangan sebilangan besar tonggak berpengalaman bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 yang bakal bermula penghujung Februari ini.

Jelas Nidzam, skuad kendaliannya musim ini diperkuatkan dengan hampir 60 peratus anak peneroka yang berasal dari Felda di seluruh negara bagi mengibarkan cabaran skuad The Fighters.

“Kita akui Felda tahun ini lebih ramai pemain muda disebabkan oleh beberapa perkara dengan kawalan ekonomi oleh pengurusan pasukan.

Advertisements
Felda United Anak Muda Felda Kibar Cabaran The Fighters
Anak Jati Felda sedia galas cabaran besar buat Felda United

“Perkara paling penting, kita cuba selesaikan dulu masalah hutang (tunggakan gaji) sebelum ini dan secara berperingkat kita dah berjaya selesaikan hampir 80 peratus ke 90 peratus dan kita akan bekerja dalam bajet yang ada.

“Saya percaya ini cabaran yang terbaik buat saya dan pasukan untuk lalui dan tiada apa yang mustahil buat kami walaupun tanpa khidmat pemain lama,” katanya.

Nidzam yang mula mengambil alih pasukan pada musim lalu daripada B Sathianathan berjaya memastikan kelab itu kekal bersaing dalam Liga Super selepas menamatkan kedudukan di kelompok 10 terbaik musim lalu.

Advertisements

Bagaimanapun, musim ini skuad itu terpaksa melepaskan tonggak berpengalaman seperti Hadin Azman, Christie Jayaseelan, S Chanturu dan Norazlan Razali yang mencari haluan baru musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram