“Anda Ingat Saya Bayar Gaji Pemain RM1500?” – Zamsaham
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mengakui kecewa dengan segelintir penyokong Kelantan yang meminta harga tiket berkurang kepada RM10 tapi mahukan pemain berstatus bintang perkuat pasukan.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa TRW Kelantan tidak menerima sebarang tajaan daripada kerajaan negeri disebabkan itu harga tiket pastinya berbeza.

Advertisements

“Nak pemain bintang, nak stadium hebat, nak pusat latihan 5 bintang dan nak pastikan bonus pemain kalau menang, tapi nak harga tiket 10 tahun lepas.

“Saya sedih sebenaranya bila ada orang komen mahu harga tiket RM10. Apa anda ingat saya bayar gaji pemain RM1500 sebulan?

Advertisements

“Apa anda ingat pasukan TRW dapat tajaan daripada kerajaan negeri? Apa anda anda ingat saya dapat projek dapat tanah?,” kata Zamsaham dalam hantaran Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Zamsaham tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang tidak pernah berhenti menyumbang sesuatu kepada TRW Kelantan.

Advertisements

Tambahnya, selagi mana penyokong terus menyumbang kepada pasukan, selagi itu beliau sebagai pemilik tidak akan pernah kedekut untuk berbelanja kepada pasukan.

“Saya secara peribadi ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang tak lokek berbelanja untuk pasukan. InsyaAllah anda tak lokek berbelanja, saya selaku pemilik takkan lokek untuk team TRW kita,” katanya lagi.

Advertisements

TRW Kelantan akan menentang juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim bagi perlawanan suku akhir dalam saingan Piala Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

News Comments Account