Pemain pertahanan muda negara, Annil Vigneswaran dilaporkan sudah pun mencapai persetujuan untuk menyertai kelab divisyen dua di Jerman.
Annil yang juga merupakan pemain bawah 23 tahun negara yang membawa cabaran negara di Ulaanbaatar, Mongolia dikhabarkan bakal mewakili salah sebuah pasukan di liga 2 Jerman iaitu SV Sandhausen.
Sebelum ini, pemain berusia 19 tahun ini beraksi bersama pasukan di liga divisyen kelima Jerman iaitu SGV Freiburg.
Berdasarkan satu hantaran yang dilakukan pemain itu sendiri menunjukkan bahawa beliau sedang bergambar di bangunan kelab barunya itu.
Hantaran itu telah pun dimuat naik di Instagram Storynya baru-baru ini sekaligus menguatkan spekulasi beliau menyertai kelab tersebut.
Ketika ini, pasukan baharu Annil berada di tangga ke-16 dalam liga dengan mengumpul 25 mata selepas 23 perlawanan.
Kehadiran pemain versatil ini sudah pastinya mampu untuk menambah kekuatan pasukan untuk terus bersaing dan memperbaiki kedudukan dalam liga.
